Popular Posts

Tuesday, December 14, 2010

Big Think

Beri peluang kepada diri anda untuk “Think Big”. Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big. Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda. shoot for the stars, if you do...n’t get it, you still get the moon!

Thursday, January 21, 2010

Kata-kata Hikmat ;-)

“Pengurusan organisasi perniagaan itu bagaikan permainan bola sepak, pasukan
anda perlu dianggotai oleh pemain yang lebih handal dari pasukan lawan, matlamat
akhir ialah kemenangan. Dalam perniagaan, anggota staf anda perlu lebih handal
dari staf pesaing anda supaya jualan anda laris, kos pengeluaran adalah konpetitif
dan matlamat akhir ialah keuntungan anda mengatasi keuntungan pesaing anda.
Penulis

Tuesday, January 12, 2010

Pengenalan

Salam ,.
Perkenalan,.
Sy Jamal masih lagi menuntut di UiTM Melaka,.
Dalam Jurusan Pengurusan Perniagaan,.
Tujuan blog ini di bina adalah utk berkongsi pendapat serta idea mengenai ekonomi Malaysia secara amnya,.
sebarang komen sgt dialu-alukan utk kt b'sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan terutamanya mengenai bidang Keusahawanan,.
Semoga kt semua mendapat manfaat dari - Nya ,.
amin ,.
Wasalam,.

Ekonomi Bumiputera

Tingkatkan Pemegangan Ekuiti Bumiputera (Orang MELAYU!!!)
Pendapat saya la dari cerita Syed Mokhtar Al-Bukary:

Orang Melayu perlu:

1. Buang sifat malas.
2. Rajin.
3. Perlu berusaha lebih.
4. Hindarkan sifat dengki.
5. Hindarkan perpecahan.
6. Bersatu.
7. Tolong-menolong.
8. Jangan bersikap pentingkan diri sendiri.
9. Sanggup bersusah-payah.

Kemana kita bangsa Melayu nak ddk kalau negara kita tanahnya sedikit demi sedikit jatuh ke tangan bangsa asing. Ekonominya juga dikuasai bangsa asing.

Sama2 kita semarakkan semangat usahawan kita. ALLAHUAKBAR!!!

Syed Mokhtar Al-Bukhary

Kisah Syed Mokhtar Al-Bukhary : Pilu
MENGENALI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY


Petikan kata-kata
Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


L/belakang Syed Mokhtar
- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS,
Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk
3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas
tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta
untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia
yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh
memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat
beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan.
Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke
surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari
situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita
kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu
meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak
mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang
politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau
macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi
apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan
masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu
buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang
susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka
jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham
baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada
cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.


8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat
berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak
kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo,
New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam
berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di
atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika
ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana
bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak
mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu
berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari
segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat
fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.


15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang
Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab
depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita
dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa
!

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini
kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang
Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang
Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita
ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk
maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu
saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya
mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat
keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.


19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada
kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan
isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik
yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita
terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan
buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa
yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.
Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata
apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana
politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan
untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat
yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.


24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta
dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut
daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka
lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana
yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan
membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100
juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada
tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu
bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang
Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau
mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran.
Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.


27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab
(bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan
dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain
boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur
kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang
perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.
Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar
dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita
sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa
bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain
pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang,
esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah
sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.


34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena
cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan
agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana
dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang
Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh
naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes
tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.
Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

Contoh USAHAWAN Bumiputera yg berjaya.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Tokoh Usahawan Yang Bekerja Keras

Friday
Jul 11,2008

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong
beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar
kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau
bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam
perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli
dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus
syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn.
Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham
selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit
dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang
kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari
Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM
Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma
Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah
bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat
pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata
negara. Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi
mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya,
Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

KEUSAHAWANAN

Ciri-ciri Keusahawanan

Pendahuluan

KEUSAHAWANAN sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji. Keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya. Walaupun begitu keusahawanan tetap menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. Corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Sehingga lebih kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum Bumiputera yang merupakan majoriti golongan etnik. Jika adapun kaum Bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan ataupun kerana terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970 telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya. Berikutan itu, berbagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan Bumiputera. Penekanan oleh Kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995.

Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada dasar-dasar Kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini dengan secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum.

Tiga atau empat dekad yang lalu, kerjaya sebagai usahawan bukan merupakan pilihan bagi kebanyakan orang. Ini kerana peluang-peluang perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati. Kebanyakan berpendapat bahawa keusahawananadalah sesuatu yang sukar dan ianya merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan Kerajaan. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa golongan Bumiputera yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lain. Mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa’ ini selalunya tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan.

Mereka biasanya belajar melalui kesilapan dan pengalaman. Jika mereka lambat belajar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya keusahawanan, maka sukar bagi mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Bagaimanapun, perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang-peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum Bumiputera yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan itu kita dapati bahawa lebih ramai yang secara sedar dan sukarela memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka. Mereka mula melihat keusahawanan sebagai sumber rezeki yang lebih meyakinkan.

Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya telah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan. Namun begitu kita dapati ramai juga yang gagal dalam perniagaan yang diceburi. Melihat kepada kegagalan yang berlaku kepada sebilangan usahawan, kita tertanya apakah keusahawanan merupakan satu kerjaya yang selamat? Untuk membuat kesimpulan kita perlu melihat secara terperinci apakah pula ciri -ciri keusahawanan, faktor persekitaran luaran dan proses kreativiti.

Ciri-Ciri Keusahawanan

Untuk menjadi usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut:

  • Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
  • Maklumat pasaran yang disasarkan.
  • Maklumat mengenai persaingan.
  • Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.
  • Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
  • Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi.

Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.

Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan. Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.

Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.

Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan. Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan.

Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan. Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.

Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan.

Untuk membuat keputusan sebelum menceburi diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut. Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Analisis SWOT akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak.

Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan. Kita tidak nampak bagaimana seseorang usahawan akan berjaya tanpa ciri-ciri seperti berikut:

  • Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat.
  • Jujur dan ikhlas.
  • Berdaya kreatif.
  • Mahir berkomunikasi.
  • Berani menanggung risiko.
  • Bijak membuat penilaian dan keputusan.

Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama. Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:

  • Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi.
  • Keinginan yang kuat untuk berjaya.
  • Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan.
  • Memberi tumpuan dalam perniagaan.
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap.
  • Membentuk jaringan perniagaan yang luas.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenalpasti adalah:

  • Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi.
  • Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan.
  • Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan.
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah.
  • Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi.

MEDEC


WELCOME TO MEDEC

Written by administrator
Saturday, 07 July 2007 09:54

Pengenalan